Search This Blog

Sunday 14 August 2011

TUESDAY, 12 JULY 2011


Puan zakiah meminta kami semua untuk membuat blog masing-masing . Blog yang dibuat adalah bertujuan untuk menghantar / mengepost efortfolio kami mengenai sesi pembelajaran di dalam kelas TMK . setiap efortfolio perlulah lengkap dan mempunyai refleksi bagi setiap sesi pembelajaran tersebut . Sebelum blog dibuat , kami perlu membuat akaun gmail . Pendaftaran akaun gmail boleh dibuat di laman sesawang , www.google.com . Kebanyakan pelajar di dalam kelas hanya mempunyai akaun ymail . Oleh itu , kami diminta untuk membuat akaun gmail masing- masing . Setelah membuat akaun gmail , kami diminta untuk membuka laman sesawang , www.blogger.com dan kami perlu mendaftar menggunakan emel gmail tersebut bagi menghasilkan satu profil blog . Apabila blog tersebut telah dibuat , kami boleh mengedit nama blog tersebut atas kehendak masing-masing . Puan Zakiah juga turut menyiarkan blognya untuk dijadikan contoh kepada kami di screen .



REFLEKSI

saya berasa amat teruja untuk membuat blog . Sebelum ini , saya memang kurang berpengetahuan tentang blog-blog . Kebiasaannya saya hanya melawat blog- blog rakan-rakan saya .Saya pernah meminta mereka untuk memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat blog ini , tetapi penerangan yang mereka berikan tidak lengkap . Syukurlah dengan adanya tunjuk ajar daripada Puan Zakiah dan rakan-rakan kelas ini , saya dapat mencipta satu akaun gmail dan blog sendiri . Secara tidak langsung , saya boleh mengambil inisiatif ini untuk membuat blog lain di kemudian hari . Saya berharap saya dapat membuat blog-blog yang lebih menarik selepas ini . Saya ingin mengedit profil blog ini untuk menjadikannya lebih menarik untuk dibaca oleh para pembaca .Saya masih ingin belajar banyak perkara tentang ICT kerana saya kurang pengetahuan tentang ICT .

No comments:

Post a Comment