Search This Blog

Sunday 14 August 2011


Hari ini kami diberi kuiz oleh Puan Zakiah . Terdapat 10 soalan di dalam kuiz tersebut . Selepas itu , Puan Zakiah mengajar kami cara membuat folder di desktop iaitu dengan hanya menekan butang right click di desktop . Di dalamnya terdapat perkataan NEW , dan apabila perkataan tersebut diclick , dengan mudahnya kami dapat membuat folder . Puan Zakiah juga mengajar kami cara untuk move folder dari satu folder ke satu folder lain . Jika kita tidak tahu kedudukan folder tersebut , di dalam pc  tersebut mempunyai kemudahan untuk mencari semula folder-folder tersebut iaitu dengan menekan butang SEARCH . Jika kita ingin mencari folder yang berbentuk word , kite boleh menekan (*.docx) . Dan jika kita ingin mencari folder yang berbentuk picture , kita dapat mencarinya dengan mudah iaitu dengan menekan perkataan ( *.gif , *.jpeg , *.jpg , *.bmp ) ..  *.bmp merupakan picture yang bersaiz besar , manakala *.gif pula merupakan picture yang bersaiz kecil . Dan jika di zoom kan , gambar tersebut tidak begitu jelas dan agak kabur . Jika kita ingin mencari maklumat berbentuk music pula , kita boleh menekan perkataan (mp3 , av , dan wav ) . Manakala folder movie boleh dicari dengan menekan perkataan , (.mov , .avi , .mpeg ) di dalam ruangan SEARCH tersebut . Puan Zakiah juga menyatakan bahawa jika kita berminat untuk membuat movie , kita boleh menggunakan aplikasi windows movie maker  ,dan jika kita ingin mengepostnya di internet , kita perlu menyimpannya sebagai  -à video files (mpeg) .

Jika kita ingin menggunakan sound recorder , kita boleh menekan accessories , di dalam nye terdapat aplikasi sound recorder .
Selain itu, Puan Zakiah menerangkan kembali tentang sistem komputer .

terdapat 3 jenis perisian iaitu :
1 . perisian sistem

2 . perisian utiliti
3 . perisian aplikasi .
-  microsof word – mempersembahkan bahan berbentuk perkataan
-Microsoft powerpoint – persembahan elektronik
- microsoft excel – hamparan persembahan

Selepas itu , Puan Zakiah juga memberi sedikit informasi tentang virus . Virus biasanya berbentuk worm . bentuk worm sebenarnya merupakan kod aturcara . Oleh sebab itu , kita msetilah sentiasa mengUPDATE antivirus .
DI akhir sesi pembelajaran , kami dikehendaki menyatakan jenis-jenis virus dan tujuan virus digunakan .



REFLEKSI
Banyak informasi yang saya perolehi sepanjang sesi pembelajaran TMK hari ini..
Maklumat yang saya perolehi tentang jenis-jenis virus adalah seperti berikut : “)


Jenis-jenis Virus Biasa 

BOOT SECTOR - 
Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - 
Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akandisebarkan daripada partition table ke boot sector disketjika disket digunakan.

FILE VIRUS 
Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - 
Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantumkepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.

MACRO VIRUS - 
Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia bolehmenghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci ituditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan danmemusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE -
 Virus ini tidak mereplikasikan dirinyadengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila iadihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar dataatau memusnahkan banyak fail.

WORMS 
Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnyakerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi iamereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan hasilnya ialah penghasilan banyak wormdalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel danmemenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.



Jenis-jenis Virus Bahaya

Virus Bagle BC-
 Virus ini termasuk salah satu jenis virus yang berbahaya dan telah masuk peringkat atas jenis virus yang paling cepat mempengaruhi komputer kita. Beberapa jam sejak keluarnya virus ini, sudah terdapat 2 buah varianBagle ( Bagle BD dan BE )yang menyebar melalui e-mail, jaringan komputer dan aplikasi P2P. Virus ini menyebarmelalui e-mail dengan pelbagai subjek berbeza. Menurut suatu penelitian dari Panda Software virus Bagle BC inimenyusup ke dalam e-mail dengan subjek antara lain : Re:, Re:Hello, Re:Hi, Re:Thank you, Re:Thanks. Attachment-nya juga bermacam-macam, antara lain : .com, .cpl, .exe, .scr.Virus Bagle BC juga mampu untuk menghentikan kerja program-program antivirus.


Virus Polymorphic
dapat dikatakan virus cerdas kerana virus dapat mengubah strukturnya setelah melaksanakan tugas sehingga sukar diKesan oleh Antivirus.


   Virus Stealth, virus ini menggunakan cara cerdik, iaitu dengan memodifikasi struktur file untuk meyembunyikan kod program tambahan di dalamnya. Kod inimemungkinkan virus ini dapat menyembunyikan diri.Semua jenis virus lain juga memanfaatkan kod ini. Ukuran-ukuran file tidak berubah setelah virus menginfeksi file.


 Virus Companionvirus jenis ini mencari file *.EXE untuk membuat sebuah file *.COM dan menyalin untuk meletakkan virus. Alasannya, file *.COM berjalan sebelum file *.EXE.


Backdoor Alnica, virus yang juga berbahaya ini merupakan salah satu tipe virus Trojan Horse. Merupakan salah satu virus backdoor yang jika berhasil menginfeksi komputer akan mampu melakukan akses dari jarak jauh dan mengambil segala informasi yang diinginkan oleh si penyerang. Sistem operasi yang diserang oleh virus tersebut antara lain : Windows 200, Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows NT dan Windows XP. Virus ini berukuran sebesar 57.856 byte


Trojan di Linux, Para pengguna linux Red Hat diharapkan untuk berhati-hati terhadap PATCH yang dikirm melalui e-mail dengan alamat “security@redhat.com” kerana itu sebenarnya bukannya patch security tetapi virus Trojan yang biasa mengacaukan sistem keamanan. E-mail peringatan dari Red Hat biasanya selalu dikirim dari alamat “secalert@redhat.com” dan ditandatangani secara digital. Virus ini juga pernah menyerang sistem keamanan Windows tahun 2003 dengan subjek menawarkan solusi keamanan.

No comments:

Post a Comment