Search This Blog

Friday 29 July 2011

Kelas TMK 28 JUN 2011

Ringkasan Pembelajaran
          Proses pembelajaran pada hari pertama dimulakan oleh Puan Zakiah binti Mahmud mengenai pengenalan istilah 'perkakasan' ( hardware ) dan 'perisian' ( software ). Sedikit info yang sempat saya catat mengenai sistem perisian ( operating system ). Contoh sistem perisian ialah Windows dan Madox. Antivirus merupakan salah satu contoh perisian utiliti.  


          Penerangan serba sedikit mengenai beberapa generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer dari tahun 1942 hingga kini. Generasi komputer yang pertama ialah ENIAC. Ciptaan ini dihasilkan dengan gabungan University of Pennsylvannia dan kerajaan Amerika Syarikat. Tenaga kerja yang terlibat secara langsung ialah John Presper Eckert dan John W. Mauchly. Semua komputer pada generasi pertama menggunakan tiup hampagas dan drum magnetic sebagai bahan asas penciptaan komputer. Komputer generasi ini juga hanya menggunakan bahasa mesin untuk beroperasi. 
          
          Kemudian EDVAC dibentuk oleh seorang jurutera iaitu Von Neumann. EDVAC mampu menyimpan dan memegang data atau program. Kemampuan tersebut diistilahkan sebagai random access memory ( RAM )


          Remington Rand kemudiannya muncul dengan hasil ciptaannya iaitu UNIVAC 1.


Refleksi
Pada permulaan sesi pembelajaran, perbezaan antara perkakasan dan perisian tidak dapat dikenalpasti dengan baik. Usai sesi pembelajaran, mendapat tahu sedikit sebanyak tentang generasi-generasi komputer dari dulu hingga sekarang.